Seorang penunggang motosikal patah tangan kanan dihempap palang besi yang dilanggar sebuah lori dalam kejadian berhampiran di Bulaton Dato Onn, berdekatan Bank Negara, di sini

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki patah tangan kanan dihempap palang besi yang dilanggar sebuah lori dalam kejadian berhampiran di Bulatan Dato Onn, berdekatan Bank Negara, di sini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.22 malam, 27 November lalu.

“Susulan itu, sepasukan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Menurut Komander Operasi, Kamalzul Anuar Zulkifli, setibanya pasukan dilokasi mendapati sebuah motorsikal yang dihempap palang besi yang dilanggar sebuah lori.

“Keadaan itu menyebabkan seorang lelaki yang menunggang motosikal tersepit di bawah palang besi dan pihak anggota segera mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here