Sultan Nazrin telah menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Datuk Paduka Dr. Wan Azman Wan Ahmad, Pakar Kardiologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya.

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya tahun ini meraikan 9,253 graduan dalam Istiadat Konvokesyen Ke-64 dalam 16 sidang bermula 30 November hingga 8 Disember 2024.

Pembukaan sidang pertama Istiadat Konvokesyen Ke-64 telah diisytiharkan oleh Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Canselor, Universiti Malaya.

Pada Istiadat Konvokesyen kali ini, Sultan Nazrin telah menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Datuk Paduka Dr. Wan Azman Wan Ahmad, Pakar Kardiologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya.

Graduan UM

Dr. Wan Azman telah memberi sumbangan signifikan dalam kepakaran dan kepimpinan akademik di peringkat fakulti, universiti dan negara.

Beliau telah berkhidmat lebih dari 35 tahun di Universiti Malaya, yang mana sumbangan dan pencapaian beliau tidak dapat dinafikan lagi terutamanya kepada Fakulti dan Jabatan dalam bidang Kardiologi.

Naib Canselor, Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman dalam ucapannya pada sidang pertama mengucapkan tahniah kepada semua graduan yang berjaya bergelar graduan Universiti Malaya.

Sultan Nazrin menganugerahkan kepada dua penerima Anugerah Pelajaran DiRaja kepada Kasiban A/L Muniandy.

“Universiti Malaya sentiasa komited untuk membimbing dan menyediakan ruang terbaik kepada para pelajarnya. Institusi ini bukan sekadar medan ilmu, malahan juga merupakan tempat untuk mengasah bakat, mengembangkan potensi, serta menajamkan kreativiti.

“Dengan sumber yang ada, Universiti Malaya terus berusaha membina ekosistem yang menyokong penyelidikan berimpak tinggi, inovasi yang bermanfaat, dan pembangunan profesional secara holistik.

“Kejayaan graduan-graduan juga merupakan kejayaan negara. Negara kita memerlukan pemimpin berpengetahuan tinggi untuk menghadapi cabaran global dan mencapai pembangunan mampan serta inklusif,” katanya.

Sultan Nazrin menganugerahkan kepada dua penerima Anugerah Pelajaran DiRaja kepada Muhammad Taftazany.

Sultan Nazrin juga telah berkenan menganugerahkan kepada dua penerima Anugerah Pelajaran DiRaja pada Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-64 iaitu Kasiban A/L Muniandy dari Fakulti Perubatan dan Muhammad Taftazany Abd Rahman dari Akademi Pengajian Islam.

Anugerah ini kepada pelajar terbaik keseluruhannya bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga penglibatan yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum seperti persatuan, sukan/kesenian dan aktiviti kemasyarakatan/sukarelawan termasuk mempunyai rekod kelakuan baik semasa mengikuti program pengajian di university.

Penganugerahan ini adalah dorongan kepada pelajar supaya sentiasa meningkatkan prestasi pembelajaran selaras dengan hasrat Majlis Raja-Raja Malaysia yang mementingkan mutu pembelajaran di mana ianya memerlukan persaingan sengit dalam era globalisasi yang kini mencabar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here