John Tinniswood. Ihsan Foto : Facebook Guinness World Records

ENGLAND – Lelaki tertua di dunia, John Tinniswood telah meninggal dunia pada usia 112 tahun di sebuah rumah penjagaan di Southport Isnin lalu.

Menurut kenyataan Guinness World Records (GWR), John telah memegang gelaran lelaki tertua di dunia sejak April 2024 selepas kematian Juan Vicente PĂ©rez dari Venezuela pada usia 114 tahun.

Lelaki yang dilahirkan pada 26 Ogos 1912 itu digambarkan sebagai seorang yang bijak, tenang dan memiliki banyak sifat terpuji oleh masyarakat di sekelilingnya.

Beliau tidak mempunyai sebarang rahsia khusus untuk umur panjangnya serta menyifatkannya sebagai ‘tuah’.

“Makan, minum atau melakukan sesuatu secara berlebihan boleh membawa kesan buruk. Jalanilah kehidupan ini secara sederhana.

“Berikanlah sepenuh hati dalam apa jua yang diusahakan sama ada dalam menuntut ilmu, berkongsi pengetahuan dan sebagainya,” pesannya seperti yang pernah dilaporkan.

John telah meninggalkan seorang anak perempuan, empat cucu, dan tiga cicit. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast