MPKu menahan beberapa warga asing dalam satu operasi di sebuah premis di Taman Bintang Utama, Senai, Kulai, Khamis lalu

KULAI – Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) menyita peralatan perniagaan sebuah kedai dikendalikan warganegara asing di Taman Bintang Utama, Senai di sini pada Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, tindakan tersebut dilakukan menerusi operasi bersepadu  bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)Johor, Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah.

“Hasil operasi tersebut, tindakan sitaan barang perniagaan dibuat ke atas premis perniagaan itu yang telah melanggar Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan Kerajaan Tempatan (MPKu) 2015 atas kesalahan  gagal mematuhi arahan notis menjalankan perniagaan tanpa lesen.

“Dalam operasi tersebut, empat warga asing ditahan Jabatan Imigresen Johor (JIM) Johor atas kesalahan tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah serta tinggal lebih masa di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Jafni, operasi bersepadu seumpama berkenaan akan diteruskan bagi meningkatkan kawalan perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing.

“Begitu juga peringkat 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) juga giat mengerakkan operasi warga asing yang meniaga tanpa lesen dan melanggar undang undang kecil untuk melindungi peniaga rakyat kerja tempatan,” katanya.

Kerajaan negeri tegasnya, memberi amaran kepada pemilik bangunan atau kedai yang menyewakan kepada warga asing yang tidak berlesen dan melanggar undang undang, tindakan akan dikenakan.

Justeru beliau menggesa orang awam menyalurkan aduan penyalahgunaan lesen perniagaan dengan memberikan  maklumat dan bukti yang lengkap kepada PBT di negeri ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here