Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi dan menyerahkan sumbangan kepada Mohd. Nuramin Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pemimpin dan ahli politik yang mendukung nilai-nilai Islam sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat dalam menyampaikan kebenaran dan mempraktikkan prinsip tabayyun sebelum menyebarkan suatu perkara.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, penyebaran berita tidak berasas dan tanpa siasatan berisiko menjejaskan perpaduan dan kestabilan negara.

“Dalam usaha membangunkan negara, politik matang adalah keperluan yang mendesak. Pemimpin-pemimpin parti politik, khususnya parti Islam perlu menunjukkan teladan yang lebih baik berbanding parti-parti lain termasuk parti sekular. Fitnah dan serangan peribadi tidak wajar menjadi senjata dalam politik.

“Namun usaha sebegini boleh terganggu jika terdapat unsur-unsur fitnah dan politik tidak matang yang cuba memecah-belahkan perpaduan.

“Kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri memerlukan kepercayaan dan fitnah hanya akan merosakkan asas kepercayaan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Ahmad Farhan menegaskan tuduhan yang mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pemimpin ke-17 terkaya di dunia adalah tidak masuk akal.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Mohd Yusni Mat Piah membuat dakwaan itu dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Bagaimanapun, ADUN itu menarik balik kenyataannya namun ia tetap mengundang kecaman pelbagai pihak.

Mengulas lanjut, Ahmad Farhan berkata, meskipun berbeza ideologi politik namun pihak pembangkang tidak sepatutnya mengamalkan serangan peribadi dan memfitnah individu tertentu.

Sebaliknya ahli politik sepatutnya menunjukkan teladan berpolitik secara matang tanpa menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menyerang mana-mana pemimpin.

“Adalah penting untuk semua pihak, sama ada ahli politik mahupun rakyat biasa memainkan peranan dalam menegakkan kebenaran dan mengelakkan politik kebencian.

“Dengan mengamalkan prinsip tabayyun, masyarakat dapat mengelakkan diri daripada menjadi penyebar fitnah dan memastikan bahawa politik negara kekal berlandaskan kebenaran dan keadilan,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here