Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)

KUALA LUMPUR – Pihak polis berjaya menahan seorang lelaki yang tular selepas melakukan perbuatan khianat dengan  membaling batu ke arah cermin Honda City di tepi Jalan Sri Petaling kelmarin.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pemilik kereta iaitu lelaki berusia 68 tahun meletakkan kenderaannya pukul 2 petang untuk ke tempat kerja.

Namun selepas pulang kerja sekitar pukul 5 petang, mangsa mendapati seluruh seluruh cermin keretanya dipecahkan.

Kata Ku Mashariman, suspek dipercayai memecahkan semua tingkat kenderaan itu sebelum melarikan diri.

Bertindak atas maklumat orang awam, polis berjaya mengesan dan menangkap suspek di sekitar kawasan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga 3 Disember ini,” katanya.

Tambah Ku Mashariman, pihaknya memohon kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here