CHENNAI – Taufan Fengal mulai membadai di selatan India dengan hujan lebat tanpa henti bersama ribut dan dilaporkan sudah meragut tiga nyawa di Tamil Nadu dan Puducherry sejak malam tadi.
Bagaimanapun tiada laporan segera mengenai kerosakan besar di Tamil Nadu dan Puducherry yang menerima hujan sebanyak 44 sentimeter, rekod tertinggi dalam tempoh 30 tahun seperti laporan agensi.
Lapangan Terbang Chennai telah ditutup selama 16 jam akibat taufan yang sama namun kembali beroperasi pada pukul 4 pagi tadi.
Difahamkan banyak penerbangan dibatalkan dan dan ditunda.
India Today melaporkan sejak Sabtu, hujan tanpa henti melanda Chennai, daerah berdekatan dan Puducherry, mengakibatkan gangguan besar terhadap pengangkutan awam, termasuk perkhidmatan bas, kereta api dan penerbangan.
Penduduk di kawasan berisiko telah dipindahkan ke pusat perlindungan selamat oleh pihak berkuasa.
Menurut Jabatan Meteorologi India (IMD), Taufan Fengal kini berada dalam keadaan statik di pantai utara Tamil Nadu dan Puducherry.
Pihak berkuasa terus berwaspada sementara pasukan penyelamat dan agensi bantuan sedang bertungkus-lumus memastikan keselamatan penduduk khususnya di kawasan yang terjejas teruk.
Ribut Siklon setara dengan taufan di Lautan Atlantik Utara atau di Pasifik Barat Laut itu adalah ancaman biasa yang berbahaya di Lautan Hindi Utara ramalan meramalkan taufan, ribut, puting beliung dan siklon di seluruh dunia.
Tempoh serta kekuatannya berlipat ganda kali ini.
Ini kerana perubahan iklim terutama pemanasan global berpunca daripada pembakaran bahan api fosil, permukaan lautan yang lebih panas melepaskan lebih banyak wap air sehingga menyebabkan ribut kuat dan tiupan angin kuat.
Jabatan Kaji Cuaca India berkata, bahagian hadapan jalur pusingan yang dikaitkan dengan siklon telah memasuki kawasan daratan dengan ramalan angin berkelajuan 70 hingga 80 kilometer sejam (km/j). – Agensi