NEW DELHI – Taufan Fengal telah mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang di India dan Sri Lanka dan menyebabkan banjir di negeri Tamil Nadu dan wilayah Puducherry selepas ia menyeberangi pantai selatan India dari Teluk Bengal pada Sabtu (30 Nov).
Wilayah Puducherry telah dilanda hujan paling lebat selepas 24 jam dalam tempoh 30 tahun, kata pejabat cuaca India.
Taufan itu menyebabkan sebahagian bandar Chennai ditenggelami air.
Penerbangan dari bandar itu digantung buat sementara waktu pada hari Sabtu, tetapi telah disambung semula pada awal pagi Ahad, kata pihak berkuasa lapangan terbang India.
Visual di media tempatan menunjukkan angin kencang dan hujan lebat dengan jalan raya ditenggelami air dan bot digunakan untuk menyelamatkan orang ramai.
Tentera India menjalankan operasi bantuan di Puducherry untuk orang ramai.
Di Sri Lanka, 16 orang terbunuh, dengan hujan lebat menjejaskan sejumlah 138,944 keluarga, menurut data terkini dari Pusat Pengurusan Bencana di Colombo. – Agensi