CCTV yang dipasang di seluruh Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur kini sentiasa ‘diperhatikan’ demi kesejahteraan dan keselamatan penghuni di ibu negara.

Sebanyak 5,000 kamera litar tertutup (CCTV) berteknologi kecerdasan buatan telah dipasang di sekitar Kuala Lumpur untuk keselamatan dan keselesaan warga kota.

Menurut pentadbir Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), CCTV berkenaan dipasang di jalan raya, kawasan jenayah, taman awam, River of Life dan pasar sekitar ibu negara.

Katanya, Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) mempunyai keupayaan rakaman 24 jam, tujuh hari seminggu dengan simpanan data sehingga 45 hari.

CCTV yang dipasang mempunyai pandangan 360° dengan jarak 200 meter dan sambungan fiber optik untuk imej berkualiti tinggi.

“CCTV ini membantu mengurus trafik dengan lebih sistematik, mengurangkan jenayah melalui pemantauan kawasan panas, dan dilengkapi teknologi AI pintar untuk mengenal pasti kesalahan lalu lintas, iklan haram, amaran banjir serta aktiviti mencurigakan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, sejumlah 20,000 kamera litar tertutup diperlukan di seluruh ibu negara bagi tugasan pemantauan trafik dan jenayah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here