Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 6,300 calon ditempatkan bagi mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di seluruh negara bagi mengisi kekosongan jawatan perguruan pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, jawatan itu ditawarkan bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysai (KPM) di seluruh negara.

Katanya, tawaran dibuat 100 peratus dan ia merupakan langkah penting dalam menyelesaikan isu tersebut.

“Pada tahun ini, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) menawarkan 6,300 slot untuk PISMP, sebelum ini kita tidak benarkan untuk isi 100 peratus.

“Tahun ini, kita berjaya mendapatkan calon dan membuat penawaran 100 peratus kepada 6,300 orang ini untuk semua jenis sekolah seliaan KPM.

“Mereka telah pun ditawarkan dan ditempatkan (sekolah). Ini amat penting untuk memastikan dalam lima tahun hadapan apabila golongan ini keluar, maka isu itu dapat diselesaikan secara berperingkat,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) berhubung isu kekurangan guru bukan hanya berlaku di Sarawak, malah isu sama di Semenanjung juga masih belum diselesaikan.

Dalam pada itu, Kah Woh berkata, pendekatan baharu turut diambil termasuk memperluaskan pengambilan lantikan kontrak (COS) kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Program Matrikulasi.

Jelasnya, langkah itu bertujuan untuk memastikan calon mencukupi dalam menampung keperluan dan mengisi semua kekosongan

“Seingat saya, apabila kerajaan mengambil alih pada 2022, peratusan pengisian guru secara keseluruhan di peringkat kebangsaan dalam lingkungan 95 peratus.

“Dalam dua tahun kebelakangan ini, banyak pendekatan diambil termasuk pengambilan dari COS tahun ini.

“Kita buka sesetengah pengkhususan dari STPM, STAM dan matrikulasi bertujuan memastikan calon mencukupi untuk menampung keperluan dan mengisi semua kekosongan

“Sebelum ini, PISMP hanya ambil dari SPM sahaja (tetapi) tahun ini (KPM) mula (pengambilan) sesetengah kursus (perluaskan kepada) aliran ada STAM, STPM dan matrikulasi,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here