Situasi kecoh di Dewan Rakyat selepas Awang didakwa menghina ahli Parlimen DAP ketika berpantun sebelum bertanyakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Kewangan, hari ini.

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat sesi pagi hari ini gamat seketika susulan pantun yang digunakan oleh Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) menimbulkan rasa kurang senang beberapa ahli dewan di blok kerajaan.

Awang Hashim ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying didakwa telah membuat sangkaan jahat kepada DAP yang telah mencemar nama anggota dewan daripada parti itu.

RSN Rayer (PH-Jelutong), Ching Zhemin (PH-Kampar) dan S. Kesavan (PH-Sungai Siput) antara anggota dewan DAP yang bangkit mempersoalkan mengenai perkara tersebut.

Zhemin dilihat berang telah menggunakan peraturan 36 (6) meminta Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Shahar Abdullah yang mengendalikan persidangan bagi sesi pertanyaan lisan mengambil tindakan kepada Awang dan menggesa beliau menarik balik pantun berkenaan.

Perkara itu turut disokong oleh Rayer yang kemudian telah meminta Timbalan Speaker mengenakan tindakan kepada Awang dengan menggantungnya selama enam bulan.

Mendengarkan perkara itu, Awang membela dirinya dengan mengatakan sebelum ini ahli parlimen DAP turut melakukan perkara sama.

Kekecohan yang berlarutan beberapa minit kembali reda setelah Shahar mengarahkan semua ahli Dewan memberikan fokus kepada perbincangan yang sedang berlangsung. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here