Pasukan Pengakap Vietnam meraikan kunjungan pasukan Kelana Pahang dari Pengakap Malaysia di bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

HO CHIN MINH – Aktiviti seperti Pelancongan Pengakap dapat membantu mempromosi sektor pelancongan negara kepada negara luar ekoran keahliannya merangkumi seluruh dunia.

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Pahang, Muhammad Asmawi Sulaiman berkata ahli pengakap Kelana Pahang menjadi duta kecil pelancongan negara bagi berkongsi tempat menarik kepada ahli pengakap lain.

Tambahnya penyertaan Misi ASEAN Hope kali ini sekali gus membuka ruang kolaborasi antara Malaysia dan Vietnam .

“Ahli pengakap perlu ambil peluang bagi mempromosikan tempat-tempat menarik dalam negara terutamanya di Pahang secara tidak langsung apabila mengenali sahabat baru.

“Mereka juga boleh mempromosikan produk tempatan bagi membantu meningkatkan ekonomi di sesuatu kawasan.

“Selain misi kemanusiaan, Pengakap Pahang komited untuk jayakan program pelancongan pengakap, jadi kami akan memeterai persefahaman bersama Pengakap Vietnam pada awal tahun 2025 ini,” katanya.

Tambah Muhammad Asmawi, pengakap di negara lain seperti Indonesia dan Maldives terbukti berjaya dalam agenda menaikkan kadar kehadiran pelancongan melalui kaedah Scouting in Tourism.

Muhammad Asmawi Sulaiman bersama Bao Pham

Pengerusi Pengakap Vietnam, Komisioner Bao Pham berkata hubungan baik antara kedua-dua buah negara itu perlu dimanfatkan bagi bersilang budaya selain berkongsi pengalaman.

Ujarnya sebelum ini Pengakap Vietnam menjalankan Scouting in Tourism bersama Korea, Taiwan, Thailand dan Cambodia.

Bagi Puteri Intan Shahidah Nabilah Fauzilah, 23, pengalaman bermusafir program ASEAN Hope di Vietnam membuka matanya tentang sejarah Vietnam.

Puteri Intan Shahidah

Selain itu pertukaran pendapat bersama ahli pengakap dari negara luar dilihat dapat menambah kemahiran survival dalam kehidupan.

“Apa yang paling menyeronokkan adalah tentang sebuah persahabatan yang terjalin rapat antara ahli yang sertai.

“Saya dapat berjumpa dengan ahli pengakap dari Vietnam dan dapat peluang untuk berjalan bersama dia di sekitar kawasan Walking Street. la adalah sebuah perjalanan yang menghiburkan dengan perbualan yang penuh perkongsian tentang kehidupan di Vietnam serta beberapa perkara tentang pengakap di Malaysia.

“Malah dapat belajar hal-hal sejarah Vietnam seperti Opera House dan ‘Tugu Uncle Ho selain menikmati pemandangan bandar Ho Chi Minh pada waktu malam amat menarik dengan dekorasi lampu yang ada.

Muhammad Danish

Muhammad Danish pula berkongsi pengalaman merantau di negara itu mendapati Vietnam merupakan negara kedua tertinggi yang mempunyai penunggang motosikal selepas negara Taiwan.

“Hal ini menarik minat saya untuk melihat di atas jalan raya yang mempunyar kesesakan trafik yang kebanyakannya adalah penunggang motosikal.

“Peluang berkunjung  satu kawasan yang dikenali sebagai Malaysia Street Vietnam, di Benh Tanh dan bersyukur kerana mudah mencari makanan halal.

Aiman Tay

Bagi Aiman Tay Norman Tay, 23, keterujaannya dikongsi apabila melihat ramai rakyat Vietnam berbahasa Melayu ketika berkunjung ke Malaysian Street.

Ujarnya, kesibukan kota dengan lebih 10 juta penduduk direkodkan sehingga tahun lalu itu telah menerima pelancong teramai di dunia.

Aiman juga kagum melihat perkembangan sektor ekonomi, sosial dan budaya negara itu yang dianggap penuh kesopanan.

“Kemahiran peniaga Vietnam berbahasa Melayu membolehkan kita tawar-menawar ketika sesi urus niaga,” katanya.

Seramai 20 ahli pengakap memulakan misi ASEAN Hope 2024 menjelelajah ke Thailand, Cambodia dan Vietnam bagi melakukan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan bermula 21 November hingga 2 Disember ini.

ASEAN Hope mula dianjurkan pada tahun 2017 hingga kini kecuali pada tahun 2020 dan 2021 susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here