iiJERANTUT – Seramai 11 petugas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meredah banjir dengan menaiki bot untuk sampai ke pusat peperiksaan masing-masing.
Menerusi kenyataan oleh Angkatan Petahanan Awam Malaysia (APMM), pasukan APM Jerantut menghantar petugas berkenaan menyeberangi Jambatan Sungai Kerak yang telah terputus laluan akibat dinaiki air.
“Bantuan diberikan kepada enam orang pengawas peperiksaan di SMA Al- Basriah dan lima orang di SMK Kuala Tembeling untuk Ujian Lisan SPM 2024.
“Bantuan penghantaran pegawai dan anggota APM menggunakan sebuah bot fiber dan sebuah kenderaan pacuan empat roda digunakan,” katanya.
Sementara itu seramai 1,612 mangsa banjir di tempatkan di 22 pusat pemindahan sementara (PPS).
Banjir di Pahang bermula sejak kelmarin melibatkan Raub, Lipis dan Jerantut. – MalaysiaGazette