Saifuddin Shafi

KUALA LUMPUR – Pengarah Strategi KEADILAN Selangor, Saifuddin Muhammad Shafi menyarankan parti Bersatu supaya meminta ‘izin’ daripada PAS sebelum bercita-cita menerajui pentadbiran di mana-mana negeri.

Saifuddin yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor berkata, kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa parti itu sedang mengintai peluang untuk menjadi Menteri Besar di Selangor selain Perak dan Pahang seolah-olah tidak menghormati sekutunya.

“Muhyiddin seolah-olah tidak sedar mana parti yang lebih besar dalam Perikatan Nasional.

“Kedudukan Muhyiddin sendiri selaku poster boy bagi PN untuk Pilhanraya Umum 16 adalah tidak selamat apabila mula dipertikaikan oleh PAS maka hampir mustahil untuk parti dapat membuat keputusan sendiri pada masa hadapan.

“Malah PAS menerajui empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kerana parti itu yang menguasai keputusan didalam PN dan bukanlah kerana persetujuan Bersatu atau Muhyiddin. Daripada berbicara soal mahu jadi Menteri Besar, menang dulu,” katanya dalam kenyataan.

Sambung Saifuddin, bagaimanapun sebarang persaingan politik sihat demi kepentingan masa depan rakyat adalah sesuatu yang positif dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

“Keadilan dan Pakatan Harapan Selangor akan terus memberikan bakti perkhidmatan terbaik bagi memastikan iltizam memajukan negeri ini berterusan,” ujarnya.

Jumaat lepas, Muhyiddin dilaporkan berkata bahawa partinya kini menyasarkan jawatan menteri besar di Pahang, Perak, dan Selangor jika PN berjaya merampas negeri-negeri itu dalam PRU akan datang. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here