Anggota bomba menyelamatkan dua mangsa banjir yang terperangkap di Kampung Gelugor, Bukit Kangkar, Tangkak, hari ini

JOHOR BAHRU –  Dua orang kurang upaya (OKU) termasuk warga emas yang terperangkap di Kampung Gelugor, Bukit Kangkar, Tangkak, berjaya diselamatkan pasukan bomba hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan untuk memindahkan dua mangsa tersebut pada pukul 5.41 petang.

Susulan itu katanya, lapan anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Khidmat Kecemasan (EMRS) dan satu pacuan empat roda Hilux dikejarkan ke tempat kejadian.

“Dua mangsa banjir yang terkandas itu melibatkan seorang wanita berusia 50 tahun dan seorang lagi lelaki berusia 62 tahun.

“Kedua-duanya yang merupakan orang kurang Upaya (OKU) selamat dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Teluk Rimba,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, operasi pemindahan dua mangsa banjir berkenaan tamat pada pukul 7.15 malam.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah mangsa banjir yang melibatkan dua daerah di Johor terus meningkat.

Beliau memberitahu, seramai 958 mangsa banjir daripada 271 keluarga dipindahka ke 18 PPS setakat pukul 10 malam ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, mangsa banjir berkenaan dari daerah Segamat dan Tangkak.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here