KUALA LUMPUR- Datasonic Group Bhd. memperoleh dua surat pelanjutan kontrak (LOE) dari Kementerian Dalam Negeri bernilai RM81.38 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata, LOE pertama adalah berkaitan pelanjutan kontrak bagi perkhidmatan penyelenggaraan pusat personalisasi kad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Kontrak tersebut bermula dari 1 Disember 2024 hingga 30 November 2025 dengan tambahan siling kontrak bernilai RM21.39 juta termasuk lapan peratus Cukai Jualan dan Perkhidmatan.
Selain itu, Datasonic memperolehi LOE kedua yang melibatkan pembekalan raw card MyKad, MyTentera dan MyPOCA serta beberapa barangan lain kepada JPN.
Kontrak berkenaan juga bertempoh 12 bulan bermula 1 Disember 2024 sehingga 30 November 2025 dengan tambahan kontrak siling kedua bernilai RM59.85 juta.- MalaysiaGazette