Polis melakukan pemeriksaan dalam Ops Mabuk selama tujuh hari yang dilaksanakan sekitar daerah Iskandar Puteri

ISKANDAR PUTERI – Lima pemandu mabuk termasuk seorang wanita ditahan dalam operasi selama seminggu yang diadakan sekitar daerah ini, akhir bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, mereka ditahan dalam Ops Mabuk yang dijalankan antara 24 November hingga 30 November lalu.

“Dalam operasi tersebut, kita telah menahan empat lelaki dan seorang wanita semuanya warga tempatan berusia antara 46 hingga 53 tahun.

“Mereka ditahan kerana didapati memandu dalam keadaan mabuk,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Pada masa sama, beliau menasihatkan pemandu kenderaan supaya tidak memandu bawah pengaruh alkohol.

“Sekarang ini kita ada banyak pilihan seperti perkhidmatan e-hailing atau menggunakan pemandu lain. Jika sudah minum, mabuk, diingatkan janganlah pandu kenderaan.

“Kita tidak akan berkompromi dengan individu seperti ini dan kita akan tangkap pemandu yang didapati mabuk,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here