Sazalee.

BALIK PULAU – Wanita Nigeria yang diselamatkan polis daripada sindiket pemerdagangan manusia sebenarnya dieksploitasi sebagai pekerja seks bagi pelanggan pusat hiburan di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, wanita berusia 25 tahun itu memasuki negara pada 10 Oktober lalu selepas menerima tawaran sebagai pembantu rumah daripada seorang ejen warganegara sama.

Bagaimanapun selepas memasuki negara ini, mangsa  dieksploitasi sebagai pekerja seks oleh sindiket yang terdiri daripada dua pasangan kekasih termasuk seorang wanita tempatan.

“Mangsa berjaya melarikan diri daripada sindiket berkenaan pada 28 November lalu sebelum membuat aduan kepada pihak kedutaaan negaranya di Kuala Lumpur.

“Bertindak atas maklumat itu kita menahan empat suspek termasuk seorang wanita tempatan berusia antara 24 hingga 37 tahun di sebuah rumah di Bayan Lepas di sini pada Sabtu lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini hari ini.

Tambah Sazalee , hasil siasatan lanjut mendapati tiga suspek Nigeria termasuk seorang wanita itu memasuki negara pada Januari lalu menggunakan pas lawatan pelancong.

“Modus operandi sindiket adalah memaksa mangsa menjadi pekerja seks kepada pelanggan di pusat hiburan dengan kadar bayaran antara RM150 hingga RM500.

“Mangsa kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

MalaysiaGazette semalam melaporkan empat suspek termasuk seorang wanita tempatan direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengeksploitasi wanita Nigeria sebagai pekerja seks di negeri ini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

4 ditahan, polis selamatkan mangsa pemerdagangan manusia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here