Logo Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) di Wisma NUTP, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 28 JANUARI 2020

KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) menyokong tindakan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Setiausaha Agung NUTP Fouzi Singon berkata, pindaan atau perubahan tarikh peperiksaan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Ini kerana proses peperiksaan bermula dengan membina soalan hingga ke tarikh pengumuman keputusan dilakukan dengan berhati-hati.

“Justeru itu, tidak boleh sesuka hati membuat sebarang pindaan atau perubahan tambahan pelbagai pihak terlibat dalam menyusun dan mengatur Peperiksaan SPM ini.

“Dalam pada itu, tarikh peperiksaan juga telah diselaraskan dengan pihak pengajian lanjutan selepas peperiksaan SPM.

“Selain itu, jumlah kertas peperiksaan yang terlalu banyak juga perlu diambilkira. Jika isu banjir, peperiksaan SPM perlu ditunda maka perlu dilihat juga tempoh berapa lama perlu diambil untuk penjadualan semula,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan (KPM) cakna dengan keselamatan dan kebajikan calon dan petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir semasa peperiksaan berlangsung.

KPM juga sentiasa siap siaga dan mengambil langkah persediaan yang sewajarnya termasuk bekerjasama dengan agensi lain yang berkaitan.

Sudah tentunya KPM komited dengan mengambil langkah-langkah yang terbaik bagi memastikan Peperiksaan SPM berlangsung dengan lancar dan teratur.

Fouzi berkata, NUTP menghargai segala usaha dan perancangan awal yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi memastikan SPM berlangsung mengikut jadual yang ditetapkan.

Kesatuan itu berharap rakyat tidak mempolemikkan isu banjir agar suasana akan lebih harmoni dan mereka yang terlibat dengan banjir tidak terbeban dan emosi.

“Semoga semua mangsa banjir dalam kalangan guru dan murid bersabar dan tenang menghadapi dugaan ini. Musibah banjir datang dan pergi, namun perjuangan anak-anak calon SPM harus diteruskan dengan penuh tabah dan semangat juang yang tinggi,” katanya.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Ini bukan masa untuk menangguk di air keruh – Fadhlina

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here