Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Parlimen. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 14 NOVEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memerlukan lebih masa untuk mengkaji sekiranya wujud sebarang keperluan bagi melaksanakan pelarasan subsidi diesel di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, ini kerana keputusan itu membabitkan banyak pihak dan libat urus bagi memastikan penyasaran yang dilaksanakan tidak membebankan rakyat.

“Setakat ini kerajaan masih lagi di peringkat kajian untuk melaksanakan penyelarasan subsidi diesel dan memerlukan banyak libat urus,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) berkenaan pelarasan diesel di Sabah dan Sarawak.

Hui Yin turut mengakui ketika ini agak sukar untuk melaksanakan pelarasan subsidi diesel bagi Sabah dan Sarawak disebabkan faktor geografi dan di kawasan pedalaman.

“Sebab itu kita akan kaji dahulu serta memastikan subsidi ini tidak akan membebankan rakyat yang betul-betul memerlukan terutama di kawasan pedalaman,” katanya.

“Kerajaan akui wujud kelemahan, sebab itu kita masih juga dalam proses libat urus bersama pemegang saham dan pemain industri untuk lakukan penambahbaikkan.

“Tetapi sekarang masih lagi kurang daripada enam bulan pelarasan ini dilaksanakan, jadi kita akan terus memantau dari masa ke semasa,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here