Pengembara luar negara semasa membuat pemeriksaan dokumen di kaunter Jabatan Imigresen ketika Pelaksanaan 'Quick Response Team' (QRT) Mengatasi Kesesakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Foto MUHD NA’IM, 01 FEBUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri dalam perancangan melaksanakan pemakaian kamera badan ke atas anggota Jabatan Imigresen yang bertugas di pintu masuk utama negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, inisiatif akan dilaksanakan menerusi peruntukan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi mengelakkan berlaku penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam kalangan petugas Imigresen.

“Kementerian dalam perancangan untuk menyediakan body cam (kamera badan) bagi petugas di kaunter pintu masuk utama negara.

“Ini terutamanya di Kompleks Sultan Abu Bakar dan Bangunan Sultan Iskandar di bawah peruntukan RMK13,” katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Pada Februari tahun lalu, Shamsul Anuar dilaporkan berkata kementeriannya bercadang memperluas penggunaan kamera badan kepada agensi penguatkuasaan, selain Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan.

Langkah itu diambil memandangkan semua agensi terbabit berurusan dengan masyarakat.

PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah pun menyiapkan prosedur operasi standard penggunaan kamera badan terhadap anggotanya dan akan mengadakan latihan penggunaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here