Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan ahli-ahlinya komited untuk memberi sokongan kepada mangsa banjir dengan cara mempercepat proses tuntutan.

Persatuan itu dalam kenyataannya berkata, mereka juga meminta kerjasama pemegang polisi yang terjejas untuk melakukan beberapa perkara bagi mempercepatkan proses tuntutan.

Antaranya, menyemak sama ada polisi kebakaran atau kenderaan anda mempunyai tambahan perlindungan banjir.

Jelasnya, walaupun polisi standard mungkin tidak melindungi kerosakan akibat banjir, ahli-ahli kami ada menawarkan perlindungan banjir pilihan.

Pemegang polisi juga boleh mendokumentasi kerosakan dengan mengambil gambar atau video harta benda serta barangan yang terlibat.

Pemegang polisi juga perlu menghubungi penanggung insurans secepat mungkin untuk melaporkan kerugian dan memulakan proses.

Selain itu, pemegang polisi juga perlu menyediakan semua dokumen yang diperlukan seperti bukti pemilikan, anggaran pembaikan, dan resit bagi sebarang perbelanjaan kecemasan.

“Ahli-ahli kami mengutamakan pemprosesan tuntutan banjir untuk memastikan pembayaran secepat yang mungkin.

“Sesetengah syarikat insurans telah melaksanakan prosedur pemprosesan tuntutan yang dipercepatkan, dan ada juga yang menyediakan unit tuntutan mudah alih di lapangan untuk memperkemaskan proses,” katanya.

Selain itu PIAM turut menggalakkan individu dan perniagaan untuk mengambil langkah proaktif untuk melindungi diri dan aset berharga mereka.

Katanya, semua syarikat ahli PIAM menawarkan perlindungan lanjutan untuk risiko banjir di bawah polisi kenderaan (komprehensif) dan kebakaran, tertakluk kepada premium tambahan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here