Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semua pihak untuk sama-sama meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir.

Katanya, sektor swasta juga seharusnya mengharungi bersama dan menyemarakkan semangat kebersamaan untuk terlibat dalam misi bantuan banjir yang amat diperlukan rakyat yang terjejas.

“Kepada sektor swasta, ayuh kita harungi bersama dan semarakkan semangat kebersamaan untuk terlibat dalam misi bantuan membantu rakyat yang memerlukan serta dilanda kesusahan saat ini.

“Seharusnya semua pihak harus turun padang dan sama-sama membantu meringankan beban ditanggung sehingga mereka yang terkesan ini dapat menjalani kehidupan seperti sediakala,” katanya dalam satu hantaran di media sosial malam ini.

Dalam hantaran yang sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan, petugas kesihatan dan agensi kerajaan persekutuan dan negeri yang bertungkus-lumus membantu menguruskan kebajikan dan keperluan mangsa banjir ketika ini.

“Penat lelah sehingga terpaksa berjauhan serta meninggalkan keluarga mereka, akan dikenang sebagai satu pengorbanan besar yang tidak ternilai kepada rakyat dan negara,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here