Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada media berkenaan Majlis Pelancaran RissMart 24 dan Pelancaran Syiling Peringatan Jubli Emas Risda di Menara UOA, Shah Alam, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 2 DISEMBER 2024.

SHAH ALAM – Kerajaan peruntuk lebih RM127 juta menerusi Bantuan Musim Tengkuju (BMT) bagi membantu pekebun kecil getah yang terjejas akibat Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.

Ia melibatkan 318,642 pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) pada November dan Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan itu akan disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi meringankan beban mereka menghadapi cabaran pengeluaran hasil getah.

“BMT berjumlah RM127,456,800 juta diperuntukan dan mereka akan dibayar sebanyak dua kali untuk November dan Disember dengan RM200 sebulan bagi setiap keluarga untuk membantu pekebun kecil yang terjejas banjir.

“Manakala bagi kawasan lain kita akan mendapat perangkaan daripada pegawai RISDA daerah untuk dikemukakan ke peringkat negeri,” katanya sambil memaklum pembayaran tersebut telah diagihkan kepada pekebun yang terjejas.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian RissMaat 24 dan Pelancaran Syiling Jubli Emas RISDA di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid juga mengingatkan penduduk di Pahang dan Johor yang akan berdepan musim banjir untuk bersiap siaga dengan arahan pihak berkuasa.

“Difahamkan keadaan di Kelantan dan Terengganu semakin mereda dan luruan laluan air ini akan ke Pahang dan Johor, susulan itu saya memohon penduduk di kawasan rendah di negeri terlibat harus bersiap siaga.

“Kita tidak mahu pada penduduk di kawasan rendah mematuhi arahan berpindah mengikut unjuran Jabatan Met Malaysia untuk berpindah.

“Jangan berpindah pada saat akhir apabila air meningkat dengan mendadak dikhuatiri akan menyebabkan dikalangan keluarga kita yang menemui ajal dalam bencana,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memaklumkan pihaknya sudah koordinasi antara Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) untuk melakukan tinjauan segera bagi mengenal pasti jalan yang terputus dan memerlukan pembinaan Jambatan Bailey.

“Setakat ini, kita mendapat maklumat dan telah mengenal pasti lokasi jambatan tersebut (akan dibina) di Kelantan, Terengganu dan Kedah namun pemantauan berterusan akan dilakukan di Pahang dan Johor,” jelasnya.

Untuk rekod, situasi banjir di seluruh negara menunjukkan trend penurunan hampir 15,000 mangsa dalam tempoh lima jam di lima negeri terjejas setakat pukul 5 petang tadi.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan adalah 113,872 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here