Suasana kehidupan harian komuniti pelarian Rohingya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pandan Mewah, Ampang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 26 NOVEMBER 2024.

AMPANG – Warga asing dipercayai mencari lokasi penempatan yang berhampiran dengan hospital bagi memudahkan mereka mendapat perkhidmatan kesihatan secara percuma.

Inilah yang berlaku dalam situasi lambakan di Flat Pandan Mewah yang terletak di belakang Hospital Ampang.

Pengerusi Anak Muda Pandan, Mohd Ifwat Hamirudin mendakwa, pihaknya dimaklumkan Hospital Ampang kini berdepan dengan hutang tertunggak warga asing.

Beliau menambah, keadaan ini berlaku kerana pihak hospital tidak boleh menolak untuk memberikan rawatan kepada warga asing yang datang atas faktor menyelamatkan nyawa.

“Kebanyakan mereka datang tidak memiliki dokumen, ada yang miliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) tapi jika berterusan ia memberi kesan buruk kepada negara,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau berkata, lambakan warga asing di kawasan ini memang kurang disenangi penduduk tempatan atas sebab keselamatan dan kebersihan.

“Apa yang kita lihat di sini kawasan padang berdekatan blok A7 ini  akan dibanjiri warga asing yang tinggal di blok berdekatan dan kawasan industri 6/4, Pandan Mewah.

“Kalau rumput (atas padang) itu  memang tidak akan nampaklah jika mereka berkumpul, ini yang merisaukan kami bahkan mereka juga yang berlambak mendapatkan perkhidmatan dekat Hospital Ampang,” ujarnya.

Pengerusi Anak Muda Flat Panda Mewah, Mohd Ifwat Amir Hamirudin bercakap pada media berkenaan kebanjiran warga Rohingya, Bangladesh, Myanmar, dan Indonesia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pandan Mewah, Ampang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 26 NOVEMBER 2024.

Mohd Ifwat berkata, sebagai manusia memang rakyat negara ini perlu memiliki sifat kemanusiaan yang tinggi tetapi jika mereka ini ‘sudah diberi betis hendak peha’ maka kerajaan perlu melihat isu ini dengan serius.

Menurutnya, isu utama ialah tindakan pemilik rumah yang menyewakan kediaman mereka kepada warga asing perlu dilihat secara serius.

“Perkara ini kalau tidak ditangani maka akan mengakibatkan satupsatu kawasan menjadi longgokan warga asing terutama di penempatan kos rendah.– MalaysiaGazette

Pelarian UNHCR di Pandan Mewah bukan calang-calang, mampu buka perniagaan – Penduduk

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here