KUALA LUMPUR – CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB) hari ini telah melancarkan kad devit Visa pertama di Malaysia yang membentuk kanak-kanak palsi serebrum.
Ini merupakan salah salah satu usaha untuk mewujudkan persekitaran dan impak positif supaya kanak-kanak ini dapat meningkatkan keyakinan dan kemandirian dalam diri mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif, Pengguna dan Perbankan Digital Kumpulan CIMB, Effendy Shahul Hamid berkata, pihaknya akan menyumbang sebanyak RM2 bagi setiap pengeluaran kad debit Visa ini kepada Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum (GAPS).
“Ini sekaligus dapat membantu GAPS untuk beroperasi secara efisien dalam menyediakan bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan.
“Kami yakin kerjasama ini dapat memberi impak yang amat besar dalam kehidupan kanak-kanak palsi serebrum kerana dana yang disumbangkan akan diguna untuk peralatan rehabilitasi dan program pemerkasaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Kad debit Visa CIMB di Menara CIMB, Damansara, hari ini.
Majlis itu telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Dalam pada itu, Pengerusi dan Pengasas GAPS, Rafidah Rafizah Ahmad berkata sokongan bank itu dalam pembiayaan peralatan rehabilitasi dan aktiviti pemerkasaan semestinya dapat meringankan beban keluarga kanak-kanak.
“Dengan pertolongan yang tepat, mereka mampu mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diminati selain mencapai potensi sebenar untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna,” tambahnya. – MalaysiaGazette