KUALA LUMPUR – AmBank menawarkan pelepasan bayaran balik pinjaman kepada pelanggan yang terjejas banjir dengan moratorium sehingga enam bulan untuk semua kemudahan pembiayaan
“Kami bersedia memberikan bantuan pembayaran balik pembiayaan untuk membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi peminjam yang terjejas akibat banjir yang berterusan,” kata Jamie Ling, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank.
Menurutnya, Program Bantuan Banjir dreka untuk menyediakan bantuan dan bantuan kewangan segera, membolehkan mereka yang terjejas menumpu kepada pemulihan dan pembinaan semula.
Untuk mendapatkan bantuan, pelanggan boleh menghubungi Pusat Perhubungan AmBank 24 jam di 03-2178 8888.
Bagi mereka yang berkemampuan dan jika selamat, mereka juga boleh mengunjungi cawangan kami untuk mendapatkan bantuan. – MalaysiaGazette