KUANTAN – Semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Raub dan Jerantut secara rasmi ditutup pada pukul 1 petang hari ini dan semua mangsa yang terjejas banjir telah dibenarkan pulang.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang, ia membabitkan sebanyak 25 PPS yang mula dibuka sejak 1 Disember lepas.
PPS yang ditutup di Raub melibatkan PPS Pintu Padang, PPS Dewan Kampung Pia, PPS Kemas Gali Tengah, PPS Dewan Lechar, PPS Dewan Tok Machang, PPS Dewan Ulu Gali, PS Dewan Ulu Jelu, PPS Kampung Pamah Kulat, PPS Kampung Pamah Rawas dan PPS Kampung Peruas.
Turut ditutup PPS Kampung SK Muhamamad Jabar, PPS Dewan Seriwa, PPS Kampung Durian Sebatang, PPS Taman Dong Jaya, PPS Kampung Bukit PamPong, PPS Kampung Kuala Temau, PPS Kampung Kuala Keloi, PPS Kampung Gali Hilir, PPS Sungai Pasu dan PPS Masjid Bukit Kampong.
Di Jerantut pula, ia membabitkan PPS Balai Raya Kampung Sempadan, PPS SK Batu Balai, PPS SK Kampung Baharu, PPS Balai Raya Lata Kasah dan PPS SK Teh.
“Namun begitu keadaan akan terus dipantau dari semasa ke semasa memandangkan kita masih dalam fasa Monsun Timur Laut (MTL) dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) akan terus dibuka secara skeleton di Pejabat APM untuk tujuan pemantauan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, difahamkan sebuah PPS yang dibuka di Lipis yang menempatkan 13 mangsa daripada empat keluarga juga dijangka akan ditutup hari ini.
Terdahulu, sehingga 8 pagi tadi, tiga daerah yang dilanda banjir sejak awal Disember menjejaskan seramai 1,852 mangsa daripada 601 keluarga yang ditempatkan di 22 PPS. – MalaysiaGazette