Gambar hiasan

KOTA BHARU- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menerima lebih 300 panggilan kecemasan daripada orang ramai berhubung bencana banjir pada 27 November lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kelantan, Mohd Wildan Azhari, berkata semua panggilan itu diterima bermula jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.

“Sebenarnya panggilan pada waktu-waktu itu boleh mendatangkan bahaya dalam usaha menyelamat, seperti kejadian jalan terputus.

“Justeru, kita menyeru kepada penduduk terutama di kawasan yang mudah dinaiki air agar segera berpindah sekiranya diarahkan pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas mengenai persiapan menghadapi kemungkinan berlaku banjir gelombang kedua, Mohd Wildan berkata pihaknya sebelum ini menerima bantuan dari Perak, Terengganu dan Ibu Pejabat Kuala Lumpur.

Beliau berkata kesemua anggota dan logistik bantuan dikekalkan di lokasi bencana, dan dalam tempoh “bertenang” ini pihak pasukan petugas bengkel akan memeriksa kelengkapan logistik yang digunakan sebelum ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here