KLUANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun melecur belakang badan dan kaki kiri serta lebam kaki kanan dan pipi kiri disyaki didera ibu kandungnya di Kampung Tengah di sini.
Perkara itu terbongkar selepas guru besar sekolah kanak-kanak tersebut diberitahu mangsa mengalami kesan melecur yang teruk akibat disimbah air panas.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, guru besar tersebut kemudian memeriksa tubuh badan kanak-kanak tersebut.
“Guru besar berkenaan mendapati bahagian badan ada satu kesan lebam di kaki kanan, kesan lecuran di kaki kiri dan kesan di tumbuk di pipi kiri sehingga lebam.
“Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menangkap ibu kandung kanak-kanak itu semalam,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, suspek yang merupakan suri rumah berusia 32 tahun ditahan pukul 12.15 tengah hari di rumahnya di kampung tersebut.
“Hasil pemeriksaan dibuat di hospital mendapati kecederaan mangsa alleged child abused by biological mother sustained well heal burn injury over back,” katanya.
Kes disiasat bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.
Menurut beliau, Mahkamah Majistret di sini membebaskan suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 8 Disember ini.
Daifahamkan satu laporan polis dibuat semalam oleh pihak sekolah dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah mangsa mengenai kes penderaan tersebut.- MalaysiaGazette