Fadhlina Sidek.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kelonggaran kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkandas akibat banjir untuk menduduki semula ujian lisan Bahasa Melayu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, semua calon yang terjejas dan tidak dapat hadir mengikut jadual dibenarkan hadir semula sama ada esok atau Khamis.

“Bagi yang tidak dapat hadir peperiksaan ujian lisan Bahasa Melayu yang bermula sejak semalam, boleh datang sama ada hari ini, esok atau pada Khamis.

“Kelonggaran itu kita buat supaya dapat pastikan semua dapat hadir peperiksaan.Tidak timbul isu bahawa ada sebarang masalah dalam pelaksanaan peperiksaan (SPM) ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Pameran Wacana Pencapaian Semasa Inisiatif Baucar Buku: Epitome Aspirasi Kerajaan Madani di Parlimen hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ujian yang berlangsung selama empat hari itu memerlukan pelajar hadir sehari mengikut jadual ditetapkan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here