Tan Hong Pin

KUALA LUMPUR – Seorang ahli Parlimen kerajaan ditegur pembangkang gara-gara salah menggunakan sebutan pada satu peribahasa.

Tan Hong Pin (PH-Bakri) ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan cuba menggunakan pepatah Melayu iaitu ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Bagaimanapun, beliau tersilap menggunakan buluh dengan aur.

“Aur buluh, buluh aur, buluh dengan aurkan sama,” katanya sebelum sidang Dewan Rakyat berhenti rehat pada sebelah tengahari ini.

Mendengar sebutan perumpamaan silap itu, beberapa wakil blok pembangkang menegur Hong Pin atas kesilapan yang dilakukannya itu.

“Aur itu tebing,” kedengaran suara itu tanpa diketahui individu berkenaan.

Hong Pin kemudian menyedari kesilapannya setelah rakan di sebelah tempat duduknya turut membuat teguran sama.

“Oh ya, maaf, maaf…terima kasih, terima kasih…janji jangan gaduh, tenang-tenang,” katanya.

Sambil tersenyum, beliau meneruskan perbahasan setelah Timbalan Yang Dipertua, Alice Lau Kiong Yieng meminta supaya beliau terus melakukan penggulungan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here