Tentera Israel berdiri di hadapan bangunan yang rosak teruk di tapak serangan roket di Ramat Gan, utara Tel Aviv, pada 18 November 2024. Foto AFP

LUBNAN – Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menyerang balas serangan Hezbollah ke atas sebuah pos tentera, dengan kedua-dua mereka saling menuduh melanggar perjanjian gencatan senjata minggu lalu.

Serangan balas Israel telah menyasarkan dua buah kampung di selatan Lubnan dan mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang.

IDF berkata, pihaknya hanya menyerang Hezbollah dan infrastruktur kumpulan itu di seluruh negara.

“Kami akan terus komited memegang perjanjian gencatan senjata,” katanya.

Namun, Hezbollah bertegas mereka hanya melancarkan serangan defensif dan bertindak balas terhadap pelanggaran Israel.

Baru-baru ini Hezbollah telah menembak mortar ke arah penempatan IDF di kawasan Gunung Dov atau Ladang Shebaa, iaitu wilayah yang dipertikaikan di sempadan Israel-Lubnan.

Namun, tiada sebarang kecederaan dalam serangan itu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyifatkan serangan Hezbollah sebagai “pelanggaran serius terhadap gencatan senjata”, dan berikrar Israel akan “bertindak balas dengan tegas”.

Tetapi keganasan yang berlaku semalam menunjukkan betapa rapuhnya perjanjian gencatan senjata yang baru dipersetujui,untuk menamatkan konflik selama 13 bulan antara Israel dan Hezbollah.

Amerika Syarikat dan Perancis pada minggu lalu berkata perjanjian itu akan “menghentikan pertempuran di Lubnan, dan melindungi Israel daripada ancaman Hezbollah serta organisasi pengganas lain yang beroperasi di situ”.

Walaubagaimanapun, Hezbollah dan IDF telah diberikan tempoh 60 hari untuk berundur dari selatan Lebanon. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here