Sebuah kapal kargo terbakar pada kedudukan 9.1 batu nautika Tanjung Laboh, Batu Pahat semalam.

BATU PAHAT – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyelamatkan 19 kru selepas kapal kargo  terbakar pada kedudukan 9.1 batu nautika Tanjung Laboh di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal berkata, pihaknya menerima aduan pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) berkenaan kejadian itu pukul 8.40 pagi.

“Dua bot peronda Maritim Malaysia bersama-sama sebuah bot pasukan Polis Marin (PPM) ke lokasi bagi melaksanakan operasi menyelamat dan membuat kawalan keselamatan.

“Mangsa melibatkan 18 warga Filipina dan seorang warga Malaysia. Kapal kargo berkenaan dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu, Sabah.

“Semua mangsa selamat tanpa sebarang kecederaan dan dipindahkan ke bot peronda Maritim untuk dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kerja-kerja pemadaman api ketika ini masih giat dilakukan berikutan tangki minyak berada di bawah tempat yang mengalami kebakaran.

Menurut beliau, tiada berlaku tumpahan minyak di lokasi terbabit.

Bagaimanapun pihaknya akan terus membuat pemantauan berterusan berhubung perkara tersebut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here