BUKIT MERTAJAM – Seorang pengguna terbayar RM1,400 kepada Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang walaupun bil hanya RM14.
Walaupun lebihan bayaran tersebut boleh digunakan untuk bil-bil akan datang, tetapi keadaan itu mungkin mengambil masa belasan tahun berdasarkan kadar semasa.
Pengguna itu yang bernama Lee memberitahu China Press, dia melakukan kesilapan semasa melakukan pembayaran online apabila terlebih tekan kosong.
Keadaan itu berlaku kerana berlainan dengan aplikasi lain, aplikasi PBA Pulau Pinang mengkehendaki pengguna meletakkan ‘perpuluhan’ secara sendiri, sekali gus menyebabkan dia tersilap.
Katanya, dia cuba mendapatkan pemulangan daripada PBA Pulau Pinang kerana perlu menggunakan duit untuk tujuan lain, tetapi pihak tersebut memintanya berurusan dengan bank.
Bagaimanapun, selepas mendapat perhatian meluas dalam media sosial, pihak pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang telah menghubungi pengguna itu dan bersedia membantu.
PBA Pulau Pulang dilaporkan akan memulangkan wang yang terlebih bayar, tetapi pengguna tersebut perlu menyediakan pelbagai dokumen sokongan.