ARKIB

KUALA LUMPUR- Pengasas platform e-dagang, FashionValet iaitu Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzaruddin Shah Anuar bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Khamis ini.

Perkembangan terbaharu itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki kepada media, hari ini.

Katanya, pasangan itu akan menghadapi pertuduhan berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet, berjumlah RM43.9 juta.

Tambah beliau, pasangan tersebut ditahan tengahari tadi namun diberi jaminan oleh SPRM untuk hadir ke mahkamah, Khamis, ini.

Terdahulu, pada 28 November lalu, SPRM memaklumkan bahawa pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan membabitkan pasangan itu dalam kes kerugian pelaburan tersebut.

Kertas siasatan itu kemudian diserahkan kepada Bahagian Perundangan SPRM untuk kajian dan pertimbangan sewajarnya dalam kes ini.

Sebelum ini, SPRM telah mengesan terdapat beberapa transaksi agak mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan dalam syarikat e-dagang berkenaan sejak 2018 sehingga 2023.

Dalam perkembangan kes terbabit SPRM dilaporkan turut berjaya membuat rampasan kira-kira 60 kotak mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah dan PNB untuk membantu siasatan lanjut.-MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here