Lawrence Wong

SINGAPURA- Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong disahkan positif COVID-19 pada Selasa, kali pertama beliau dijangkiti virus itu.

Wong, yang juga Menteri Kewangan berkata beliau menjalani ujian itu selepas bangun tidur dengan tekak yang sakit selepas siri lawatan kerja ke luar negara baru-baru ini.

“Pada mulanya, saya menyangka ia mungkin hanya selesema biasa, tetapi saya memutuskan untuk menjalani ujian untuk kepastian. Rupa-rupanya, selepas bertahun-tahun, akhirnya saya terkena COVID juga!” katanya dalam hantaran di Facebook.

Wong berkata secara keseluruhan beliau merasa dirinya dalam keadaan baik dan akan menjalani kuarantin kendiri sambil bekerja dari rumah.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar memastikan mereka mendapatkan suntikan selesema dan vaksin, terutamanya menjelang musim cuti.

“Jika anda berasa tidak sihat, sila pakai pelitup muka dan ambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk melindungi diri sendiri dan orang di sekeliling anda,” katanya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here