KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) meminta orang ramai berhati-hati dengan scammer yang menyamar sebagai pegawai RTM untuk menipu syarikat katering.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, RTM berkata pihaknya telah menerima beberapa aduan berhubung insiden itu.
“Individu tidak bertanggungjawab itu juga telah memalsukan semua dokumen lengkap berserta kepala surat dari RTM.
“Untuk makluman semua, kami telah membuat sebarang tempahan sejak Disember ini atas sebab penutupan akaun,” katanya.
Oleh itu, orang ramai dinasihati untuk lebih berwaspada dan tidak ditipu dengan modus operandi ini.
“Para pembekal juga digalakkan untuk membuat semakan silang melalui telefon dan sebagainya bagi apa-apa pesanan yang diterima.
“Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 03-22825333,” ujarnya. – MalaysiaGazette