Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meminta orang ramai untuk tidak mencetuskan spekulasi tentang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Beliau juga meminta supaya ruang diberikan untuk siasatan dijalankan dengan adil tanpa sebarang tekanan atau andaian.

https://malaysiagazette.com/2024/12/03/sprm-buka-kertas-siasatan-terhadap-pemimpin-kanan-bam/

“BAM telah lama wujud dan diurus dengan baik. Saya juga hanya mengetahui perkara ini melalui berita dan SPRM perlu diberi ruang untuk mencari dokumen dan maklumat yang diperlukan.

“Apa yang penting, elak membuat sebarang komen tidak berasas tanpa sebarang bukti sehingga siasatan selesai,” katanya.

Hannah berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kad Debit Visa CIMB di Menara CIMB, Damansara, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan supaya BAM memperbaiki sistem pengurusan dan memanfaatkan peluang pada tahun hadapan supaya dapat meningkatkan keyakinan terhadap persatuan itu.

“Apabila persatuan diuruskan dengan baik, kepercayaan orang ramai terhadap kepimpinan persatuan akan bertambah.

“Ini semestinya akan menarik minat penaja dan pelaburan, sekaligus dapat memastikan prestasi atlet badminton negara akan meningkat,” tambahnya.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap salah seorang pemimpin kanan BAM namun tiada maklumat terperinci diberikan.

Hari ini, BAM mengesahkan pihaknya telah menerima kunjungan pegawai SPRM ke pejabat persatuan itu, minggu lalu untuk mendapatkan maklumat tertentu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here