Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua kiri) pada Majlis Peluncuran Buku Amanah Dakwah karya Dr Razali Nawawi & "Mohammad Natsir Ilmuwan Ulung Alam Melayu Abad Ke-20* karya Prof Emeritus Tan Sri Dr M. Kamal Hassan di Bangi Avenue Konvensyen Centre hari ini. Turut kelihatan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia Datuk Ahmad Azam Ab Rahman (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Aras Megah Sdn Bhd, Abd Rahman Abd Karem (kiri). Foto MUHAIMIN MARWAN, 3 DISEMBER 2024

BANGI – Tradisi ilmu dan pencerahan pemikiran perlu terus diperkasa terutamanya dalam kalangan golongan muda.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan golongan muda untuk meningkatkan kerangka asas dalam diri masing-masing dalam usaha memartabatkan negara Madani.

“Saya kira untuk mengangkat martabat umat negara Madani ini masih tetap asasnya dan latih rakyat samada (dalam konsep) digitalisasi atau AI (Kecerdasan Buatan).

“Ia lebih  mencabar dan menuntut kita untuk melengkapkan diri dengan kerangka asas iaitu memberi makna kepada ‘Adabani Rabbi Fa’asanta’ (“Tuhanku telah mendidikku, maka Dia telah memperelokkan pendidikanku.”) ini dengan kekuatan dan asas ilmu pembacaan dan mentelaah karya-karya besar dan agung,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucapan peluncuran buku Amanah Dakwah dan Mohamad Natsir: Ilmuan Ulung Alam Melayu Abad ke 20 di Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC), malam tadi.

Hadir sama adalah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Dalam pada itu, Anwar menjelaskan generasi muda kini perlu memberi makna kepada konsep ‘Adabani Rabbi Fa’asanta’ iaitu penghayatan kepada adab dan nilai ketuhanan yang diintegrasikan dengan kekuatan ilmu, pembacaan, dan penelaahan.

Anwar turut berkata penguasaan ilmu pengetahuan di kalangan anak muda bukan sahaja melibatkan kemahiran teknikal, tetapi juga keupayaan memahami falsafah dan nilai yang mendasari pembangunan masyarakat yang harmoni dan progresif.

“Kecemerlangan ini tidak hanya bergantung pada teknologi, tetapi juga bagaimana kita memanfaatkannya dengan adab dan hikmah,” kata Anwar lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here