KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga 11 pagi tadi menurun di tujuh negeri iaitu 63,145 melibatkan 19,382 buah keluarga.
Tujuh negeri tersebut adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor, Melaka, Perak dan Pahang.
Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di Kelantan turun kepada 41,653 orang.
Seramai 13,726 mangsa banjir di Terengganu manakala Kedah adalah 6,172 orang.
Mangsa banjir di Johor juga menurun dengan jumlah terkini seramai 989 orang bagi dua daerah yang terkesan iaitu Segamat dan Tangkak.
Di Melaka, jumlah mangsa banjir seramai 172 orang; Pahang 53 orang manakala, di Perak sebanyak 380 mangsa banjir setakat pagi ini.-MalaysiaGazette