KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 20-an ditahan susulan penemuan seorang wanita terbaring dan tidak sedarkan iri di Felda Air Hitam, Sri Lalang di Kluang pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 10.45 pagi tadi.
Katanya, wanita lingkungan 50-an itu kemudian dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang dan disahkan meninggal dunia.
Lelaki yang dipercayai anak wanita itu ditahan.
Semakan yang dibuat mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan ujian air kencing juga negatif dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan dihukum dengan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis atau IPD Kluang 07-7784222.