JASIN – Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dalam perjalanan ke sekolah untuk menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu hari ini, selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum melanggar tembok batu di Jalan Kilang Berapi, Merlimau, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Ahmad Jamil Radzi berkata, dalam kemalangan kira-kira 7.30 pagi itu, Adib Irfan Mohd Nizam, 17, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Yamaha LC 135 yang ditunggang mangsa dari arah Umbai menghala ke SMK Dang Anum terbabas dan mangsa dikatakan gagal mengawal kenderaan itu sebelum melanggar tembok batu di bahu jalan di Jalan Kilang Berapi.

“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah pada badan dan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here