KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel kekal bagi tempoh 5 Disember hingga 11 Disember 2024.
Kementerian Kewangan berkata, harga runcit petrol RON97 dan RO95 masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RON95 seliter.
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.95 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette