Hassan Abdul Karim

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menaikkan kadar cukai keatas syarikat-syarikat besar yang mendapat keuntungan berganda pada setiap tahun sebagai satu langkah penting dalam menambahkan pendapatan negara.

Cadangan itu diutarakan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) sebagai satu cara membantu negara mendapat hasil tanpa menyukarkan rakyat dengan mengenakan pelbagai cukai.

Beliau mencadangkan agar kenaikan dikenakan sebanyak 27 peratus berbanding ketika ini yang hanya mengutip 24 peratus sahaja.

“Kita naikkan cukai ke atas syarikat-syarikat besar yang dapat keuntungan setiap tahun. Sekarang syarikat-syarikat besar ini yang pendapatannya besar dikenakan cukai 24 peratus.

“Jadi, kita jangan membebankan rakyat, ringankan kehidupan rakyat, kita naikkanlah cukai keuntungan syarikat-syarikat besar ini,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024, di Dewan Rakyat, hari ini.

Hassan berkata, dengan pungutan cukai yang lebih tinggi sebanyak tiga peratus itu lagi keatas  syarikat-syarikat besar, beliau melihat akan berlaku pengagihan lebih adil terhadap kekayaan negara.

“Pekerja-pekerja kita pun gajinya tak besar…ertinya tak sampai 40 peratus daripada hasil kekayaan sebuah syarikat (besar) itu,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here