Sukarelawan JKM meneruskan agihan bantuan di SK Banggol Chicha, Pasir Mas Kelantan.

KOTA BHARU – Sebanyak 223 pusat pemindahan sementara (PPS) daripada 316 di Kelantan sudah ditutup dengan 74,969 mangsa daripada 22,581 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing di empat jajahan.

Perkara itu dirujuk menerusi info bencana atau bilik gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan setakat 4 petang tadi.

Menurut sumber JKM negeri, mangsa dibenarkan pulang ke rumah atas faktor paras air sungai surut dan kurang hujan.

Sementara itu, data itu juga menunjukkan baki 93 PPS yang masih aktif melibatkan empat jajahan termasuk Pasir Mas dengan 44 PPS, Tumpat (46), Kota Bharu (1) dan Bachok (2).

Berdasarkan data berkenaan sejumlah 39,761 mangsa daripada 12,863 keluarga masih ditempatkan di kesemua PPS yang aktif.

Data tersebut merekodkan Tumpat menjadi jajahan paling tinggi bilangan mangsa banjir yang berdaftar di PPS iaitu  20,441 orang daripada 6,446 keluarga, diikuti Pasir Mas dengan 18,866 mangsa daripada 6,289 keluarga. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here