Salah seorang petani di Raub menunjukkan hasil tanamannya yang rosak akibat banjir baru-baru ini

RAUB –  Lima petani di daerah Raub mengalami kerugian besar selepas tanaman mereka rosak susulan bencana banjir yang berlaku di daerah ini pada beberapa hari lalu.

Pegawai Pertanian Daerah Raub, Raja Mohd Farhan Hashim berkata, Raub mencatat rekod sebagai daerah pertama yang menerima aduan kerosakan tanaman akibat banjir pada kali ini.

Katanya, Jabatan Pertanian Pahang telah bertindak segera ke atas semua aduan yang diterima selepas menerima dokumen berkaitan.

”Kesemua petani tersebut telah menghantar dokumen lengkap untuk melaporkan kerosakan tanaman mereka.

”Kita akan mengatur sesi lawatan ke setiap ladang yang terjejas untuk menilai kerosakan dan merancang langkah pemulihan.

“Ini adalah ujian besar untuk para petani di Raub, tetapi dengan kerjasama dan semangat yang tinggi, kita akan bangkit semula,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, nilai kerosakan akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa bantuan untuk kelulusan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here