Suasana malam di Jambatan River of Life, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 15 SEPTEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) membatal lima daripada 12 projek River of Life yang masih dalam peringkat pra-pelaksanaan selepas penelitian dibuat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, ia berikutan projek tersebut kurang signifikan bagi mencapai objektif pelaksanaannya.

“Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah meneliti 12 Projek River of Life yang masih dalam peringkat pra-pelaksanaan agar hanya projek signifikan akan diteruskan.

“Oleh itu, lima projek telah dibatalkan kerana kurang signifikan bagi mencapai objektif pelaksanaan Rivel of Life, manakala tujuh projek lagi akan diteruskan agar objektif awal Projek iaitu pengindahan dan pembersihan sungai dapat dicapai,” katanya melalui jawapan bertulis yang disiarkan melalui laman web Parlimen.

Projek River of Life adalah salah satu projek penggerak (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Klang Valley yang bertujuan mentransformasikan Sungai Gombak dan Sungai Klang kepada sebuah ikon waterfront yang dinamik dan berdaya huni dengan nilai ekonomi yang tinggi.

River of Life terdiri tiga komponen utama iaitu pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata proses perolehan bagi baki tujuh projek yang akan diteruskan itu sedang disediakan agensi berkaitan supaya ia berjalan lancar dan risiko pelaksanaan projek diambil kira sepenuhnya.

“JWP bersama agensi pelaksana sentiasa komited agar pelaksanaan projek yang telah digariskan dalam River of Life menepati objektif awal yang ditetapkan.

“Kerjasama semua pihak bagi mengimbangi kelestarian kebersihan dan keindahan sekitar Sungai Gombak dan Sungai Klang amat diperlukan bagi menjayakan hasrat Sungai Nadi Kehidupan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here