PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan, di sini, hari membenarkan bekas Datuk Seri Najib Razak mendengar rayuan beliau berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar kewujudan titah addendum.
Tiga panel hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mariana Yahya bersama-sama hakim Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin hari ini sebulat suara membenarkan rayuannya yang akan didengar petang esok.
Bekas Perdana menteri itu merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonannya untuk memulakan prosiding semakan kehakiman ke atas lapan responden bagi mencabar kewujudan titah addendum yang didakwa dititah Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.
Mahkamah memutuskan empat afidavit bagi menyokong permohonannya, termasuk oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, adalah bersifat dengar cakap atau khabar angin.
Najib memohon perintah mandamus bagi memaksa, sama ada semua atau satu daripada responden, menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan itu yang bertarikh 29 Januari 2024.
Ia dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.
Najib sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd. – MalaysiaGazette