Masidi Manjun

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun secara sukarela memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung video dakwaan skandal rasuah berjumlah RM300,000 yang dikaitkannya baru-baru ini.

Dilaporkan, beliau datang sendiri ke ibu pejabat SPRM di Kota Kinabalu pada 8 malam semalam.

“Kunjungan saya ke Pejabat SPRM malam ini (semalam) adalah untuk membantu siasatan dan tanda sokongan saya kepada usaha SPRM membanteras rasuah di negeri ini,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau memberi jaminan akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menyiasat isu tersebut.

Terdahulu Masidi dalam kenyataannya petang semalam memaklmkan tidak tahu mengenai wang sebanyak RM300,000 yang didakwa diserahkan melalui pegawai khas beliau yang didakwa disumbangkan untuk kegunaan parti politik.

“Saya tidak pernah ingat perbualan tersebut kerana rakaman perbualan tersebut telah disunting, yang saya ingat beliau menawarkan untuk menyumbang kepada parti saya dan saya telah menjawab bahawa tidak ada keperluan untuk berbuat demikian,” katanya.

Beliau menyatakan demikian berikutan tular rakaman video yang dipercayai disiarkan di sebuah portal berita menunjukkan seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan perlombongan atau perlesenan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here